Monday 24 December 2012

Hebahan Jemputan Menjadi Sukarelawan Kementerian Pelancongan

emua warga UKM (kakitangan dan mahasiswa) adalah dijemput menjadi sukarelawan di bawah program anjuran Kementerian Pelancongan.

Program pertama yang bakal melibatkan sukarelawan adalah Karnival Majlis Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Karnival ini akan diadakan pada 18-20 Januari 2013 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, KL.

Kenderaan akan disediakan. Sijil penyertaan dan tshirt turut diberikan. Taklimat lanjut akan turut diadakan dan akan dimaklumkan kemudian.

Antara tugas sukarelawan termasuklah menjadi penyambut tetamu, menjaga Kaunter Informasi, mengedar risalah kepada pelawat, bertugas di kawasan sekitar tapak/booth pameran, menunjuk arah kepada tetamu, memantau keceriaan tapak & membantu tugas urusetia sepanjang karnival.

Mahasiswa khususnya amat digalakkan menjadi sukarelawan ini kerana selain menimba pengalaman, peluang ini harus dimanfaatkan untuk memperkukuh pelbagai kemahiran di samping meneroka peluang kerjaya/perniagaan di masa akan datang.

Sekiranya berminat, sila emelkan nama, no kad pengenalan, jantina, no hp, emel & saiz bajuke noor.salini@gmail.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Salini di Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel melalui talian
03-89213194/3146/4530 atau Facebook Lini UKM.

Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai program, sila hubungi pihak Kementerian Pelancongan, En Affendy Shamsudin di talian 03-88917309 atau emel affendy@motour.gov.my.

No comments:

Post a Comment