Monday 24 December 2012

SARAWAK

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Negeri sarawak terletak di Pulau Borneo dan merupakan negeri yang paling besar di Malaysia. Negeri Sarawak bersebelahan dengan Negara Indonesia, Brunei, dan Negeri Sabah. Sabah dan Sarawak biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting. Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan. Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop.658 549), Miri(pop.280,518), Sibu(pop.209,616), Bintulu(pop.189,695), Sarikei(pop.56 798), Sri Aman(pop.64 905) dan Limbang(pop.40 959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005. Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain

No comments:

Post a Comment