Monday 24 December 2012

PESTA TANGLUNG 2012 UKM di DECTAR.


PhotoPhotoPhoto: 这里没有失去  只有值得
没有昂贵的梦  廉价的努力
却有着苦尽的甘  付出的爱  充实的心
我走入了这里
许多怀念在回首之间
丝丝记忆无法躲藏
曾经何时歇斯底里
如今却爱上了他
铭记这季辉煌灿烂
让缘分持恒到永远
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dari beberapa segi, terutamanya dari segi kebudayaan. Sehubungan dengan itu, kebudayaan didefinisikan sebagai satu keseluruhan gagasan yang meliputi kepercayaan, nilai – nilai, cara hidup, amalan, adat, dan juga segala aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah masyarakat. Lantaran itu, kebudayaan pelbagai etnik yang kukuh di negara kita merupakan aset yang terpenting untuk memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia supaya proses pembangunan negara kita, Malaysia boleh berjalan dengan lancar. Tamadun sesebuah negara amatlah bergantung kepada tahap kebudayaan negara tersebut. Di samping itu, tidak ada sesebuah negara yang dapat melangkah kepada era yang lebih majmuk dan maju jika kebudayaannya tidak dapat diwariskan dan dipertahankan. Selain daripada itu, Kebudayaan juga melambangkan identiti negara tersebut, seperti mana kepelbagaian kebudayaan yang melambangkan negara kita, Malaysia. Memandangkan kepentingan kebudayaan dalam memastikan perwarisan tamadun negara kita, persefahaman kebudayaan adalah amat penting, kepentingannya bukan sahaja penting dalam negara kita yang berbilang kaum, tetapi juga penting dari segi internasional kerana melalui persefahaman kebudayaan peperangan dan beberapa bencana buatan manusia dapat dielakkan. Justeru, “Persefahaman Budaya Asas Kebudayaan” akan dijadikan sebagai tema asas Pesta Tanglung UKM ke-33. Maklumat – maklumat yang diperolehi akan dikemaskini, dianalisis dan disusun semula supaya dapat memberi kesedaran kebudayaan kepada masyarakat Malaysia. Melalui penganjuran Pesta Tanglung UKM ke-33, pihak kami berharap dapat memberi satu kesedaran budaya kepada masyarakat Malaysia di samping mempereratkan silaturahim antara kaum demi mencapai perpaduan nasional.

No comments:

Post a Comment